Vokalis kepada kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani mengharapkan kualiti pasukan orkestra di Indonesia akan lebih berkembang dan mempunyai tahap kehebatan seperti pasukan orkestra Malaysia.
Ini berikut selepas sesi latihan bersama pasukan orkestra Malaysia, Dhani mendapati pemuzik orkestra di Malaysia memiliki kualiti yang lebih baik berbanding di negara asalnya, Indonesia.
“Sebagai seorang yang dikatakan pakar dalam bidang muzik, selepas menjalani latihan bersama pasukan orkestra Malaysia, ternyata kualitinya lebih bagus berbanding di Indonesia. Jika di Indonesia, ahli orkestra selalunya orang Indonesia, tetapi di sini ahlinya terdiri pelbagai negara” katanya.

Dia berharap muzik orkestra akan dapat berkembang dan diterima baik di Indonesia seperti di negara-negara lain.
Sebanyak 34 buah lagu termasuk Risalah Hati, Sedang Ingin Bercinta dan Kangen akan disampaikan Dewa 19 menerusi konsert Dewa 19 A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia dan diiringi 54 pemuzik orkestra tanah air.
Konsert yang berlangsung pada malam ini memberikan satu kepuasan buat para peminat Kumpulan Dewa 19 di Malaysia.
Sumber Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.