Umum mengetahui bahawa 3 daripada 7 Ahli kumpulan BTS iaitu J-Hope, Jin dan Suga sedang melakukan khidmat ketenteraan mereka. Namun hari ini, agensi naungan artis tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa anggota lain iaitu RM, Jimin, V dan Jungkook sedang melakukan persediaan untuk memulakan perkhidmatan tentera.

"Kami mengumumkan bahawa RM, Jimin, V dan Jungkook telah mula mengambil langkah yang diperlukan untuk memenuhi tugas ketenteraan mereka.Kami akan memberikan maklumat terkini mengenai pendaftaran mereka sebaik sahaja ia dimuktamadkan" ulas BigHit Music melalui satu kenyataan media.
Keempat-empat anggota BTS itu diberi kebenaran untuk menangguhkan perkhidmatan tentera sehingga akhir tahun ini apabila mereka mencapai umur 30 tahun, di bawah undang-undang kerahan tenaga yang dipinda pada tahun 2020.
Pendaftaran mereka berkemungkinan besar berlaku paling awal akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.
Semoga Army semua bertabah ya.
Sumber Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.