Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Afgan Kini Bergelar Haji, Syukur Dapat Jadi Tetamu Allah di Tanah Suci

ROSTAM, Mohamad Firdaus
09 Jun 2025, 04:20 PM

afgan kini bergelar haji, syukur dapat jadi tetamu allah di tanah suci

Foto: Instagram

Penyanyi terkenal dari Indonesia, Afgan, menggambarkan pengalaman menunaikan ibadah haji sebagai detik paling luar biasa dalam hidupnya.

Afgansyah Reza, 35, atau lebih dikenali sebagai Afgan, berkata semua rukun dan kewajipan dalam ibadah haji berjaya disempurnakan dengan baik, hanya berbekalkan semangat dan niat yang kuat.

“Alhamdulillah, secara rasmi saya kini bergelar Pak Haji. Ibadah haji pertama saya selesai dengan sempurna. Ia adalah perjalanan rohani yang sangat indah. Saya berangkat seorang diri, hanya bersandarkan tekad,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Menurut penyanyi lagu Lenggang Puspita itu lagi, beliau amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.

“Ia adalah pengalaman sekali seumur hidup. Saya benar-benar rasa bersyukur dapat menunaikan haji tahun ini.

“Ibadah ini adalah hubungan antara kita dengan Tuhan, satu perjalanan yang mengajar kita erti kerendahan hati dan kebergantungan kepada Allah. Anda tidak pernah keseorangan selagi Tuhan ada bersama. Terima kasih atas semua doa,” tambahnya lagi.

Dalam perkongsian tersebut, Afgan turut memuat naik beberapa foto yang merakamkan momen sepanjang menjalani ibadah haji kali ini.

Ruang komen dibanjiri ucapan tahniah dan doa daripada para peminat yang terharu melihat pencapaian beliau.

“Alhamdulillah selesai semua ibadah, Pak Haji. Semoga selamat pulang ke tanah air.”

“Masya-Allah, semoga mendapat haji yang mabrur. Beruntung dapat bergelar haji di usia muda.”

“Assalamualaikum Haji Afgan,” antara komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Untuk rekod, pada 30 Mei lalu, Afgan memaklumkan menerusi Instagram bahawa beliau sudah berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us