Foto: Instagram @hliveofficial
Pelakon, pengarah dan pelawak terkenal tanah air, Datuk Afdlin Shauki, mengejutkan ramai apabila berkongsi berita penuh makna dalam hidupnya bahawa dia baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pada usia 53 tahun!
Dalam satu perkongsian menyentuh hati di media sosial, Afdlin meluahkan rasa syukur dan sebak kerana dikurniakan peluang kedua untuk menjadi seorang bapa. Katanya, walaupun usia makin meningkat, rezeki tak pernah salah alamat.
“Saya anggap ini sebagai peluang kedua yang Allah bagi untuk saya merasai nikmat jadi bapa sekali lagi. Rasa macam diberi nafas baru dalam hidup,” katanya penuh emosi.
Apa yang lebih menyentuh hati, Afdlin mengaku tak pernah meletakkan harapan tinggi untuk menimang anak lagi kerana faktor usia. Tapi ternyata, rezeki datang tanpa diduga. Dia menyifatkan kehadiran anak perempuannya kali ini sebagai ‘sinar baru’ dalam hidupnya.
“Saya tak sangka akan jadi ayah lagi, tapi bila Allah beri rezeki ni, saya sangat bersyukur. Rasa macam diberi peluang untuk betulkan banyak benda yang dulu mungkin saya terlepas pandang,” tambahnya lagi.

Foto: Instagram @hliveofficial
Afdlin juga sempat berkongsi rasa keterujaannya melihat perubahan positif dalam hidupnya sejak bergelar suami dan kini, bapa kepada bayi perempuan yang comel.
Jelasnya, dia kini lebih tenang, matang dan bersedia memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak kecil itu.
Untuk info, Afdlin mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hati, Marcella, yang juga merupakan pengurusnya, pada Ogos 2023.
Hubungan mereka mendapat perhatian kerana penuh dengan rasa hormat, ketenangan dan saling menyokong antara satu sama lain. Dalam perkongsian terdahulu, Afdlin akui perkahwinan kali ini memberi ketenangan yang dia cari selama ini.
Sebelum ini, Afdlin pernah berkahwin dengan Maria Christina Orow Abdullah sejak tahun 1997 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Namun, selepas lebih dua dekad bersama, mereka mengambil keputusan untuk berpisah secara baik pada April 2022.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.