Penyanyi, Adira Suhaimi telah memfailkan penceraian keatas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.
![adira failkan penceraian, namun suami tolak permohonan](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2019/okt-19/screenshot-2019-10-09-at-3-59-59-pm.png)
Adira yang ditemui media diluar mahkamah telah mengesahkan memfailkan penceraian keatas suaminya sebentar tadi atas sebab dan alasan sendiri.
Menurut Adira, beliau sudahpun memfailkan penceraian sejak dari bulan Mei tahun ini, namun terpaksa ditangguhkan kerana sedang mengandungkan anak mereka.
Adira menambah, beliau tidak mahu mengaitkan penceraian ini dengan campur tangan daripada pihak ketiga dan mahu meneruskan penceraian ini atas pilihan dirinya sendiri.
Datuk Red yang juga ditemui diluar mahkamah bagaimanapun mahu mempertahankan rumah tangga mereka dan menolak tuntuan cerai oleh Adira.
![adira failkan penceraian, namun suami tolak permohonan](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2019/okt-19/screenshot-2019-10-09-at-4-09-01-pm.png)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.