Bekas suami kepada pelakon, Fatin Afeefa, menegaskan bahawa beliau tidak akan kembali kepada bekas isterinya dan hidupnya kini lebih teratur sejak berpisah tahun lalu.

Dipetik daripada portal Astro Gempak, Adam Shaz berkata beliau tidak menafikan bahawa ada yang mendoakan mereka kembali bersatu, namun beliau meminta agar tidak mendoakan mereka kembali bersama.
“Saya sudah move on kerana saya rasa kehidupan saya kini lebih teratur tanpa dia, malah saya dapat meluangkan masa lebih banyak bersama anak”
Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin pada 21 Disember 2013, namun kedua-duanya mengambil untuk berpisah pada 30 Mei tahun lalu.

Hasil perkahwinan, Adam dan Fatin dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.