Baru-baru ini, tular di laman Twitter tentang perkongsian gambar sekitar majlis pertunangan simple seorang gadis berumur 20 tahun dengan jejaka pilihan hatinya yang berusia 19 tahun.

Menerusi akaun Twitter @Suuuuee__, perenang paralimpik S14 Malaysia, Anas Zul Amirul Sidi, 19, telah selamat ditunangkan bersama Suffi Mazatulnizam, 20, dalam satu majlis yang cukup ringkas. Tiada pun pelamin dan hiasan indah seperti yang biasa kita lihat masa kini.
Gadis itu hanya memakai baju kurung biasa manakala tunangnya pula hanya memakai t-shirt untuk keluar.
Kedua-dua pasangan ini ditemukan ketika menetap di Seremban sewaktu kecil.

Semoga kedua-dua pasangan ini kekal hingga ke anak cucu. Amin!
Sumber: Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.