Pelakon, Kilafairy baru-baru ini telah berkongsi video menunjukkan seekor koala yang kehausan akibat kebakaran hutan di Australia.

Video pendek yang dikongsikan menerusi laman Instagram @kilafairyofficial itu menunjukkan seorang penyelamat memberikan koala minum air menerusi botol, telah membuatkan ramai warganet sedih dan meluahkan rasa simpati.

"My heart breaks into pieces," tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan reaksi berbeza dan mendoakan keselamatan di bumi Australia.

Sedihnya!
Sumber: Kilafairy
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.