Seekor ikan siakap sungai seberat 21 kilogram (kg) berjaya ditangkap dengan mengerahkan 10 orang tenaga penduduk di Kampung Bukit Semanggol pada Khamis lalu.
Selepas hampir tiga kali cubaan gagal, akhirnya usaha mereka berjaya setelah 20 minit berhempas pulas menewaskan ikan tersebut.

Menurut penduduk, Izzudin Rosli, 24, memaklumkan dia telah memburu ikan siakap itu lebih sebulan yang lalu apabila sering timbul di Parit 3 Selinsing.
“Namun cubaan untuk menangkapnya telah dilakukan beberapa kali dengan mengunakan berbagai kaedah namun gagal.
“Pada cubaan ketiga saya dan kawan-kawan hampir berjaya menangkap siakap itu mengunakan tiga jala tapi ia dapat lolos apabila jala digunakan koyak,” katanya.

Tambahnya, dia sentiasa memerhati siakap tersebut bermain pada permukaan air dengan mengikutinya untuk tahu sejauh mana ia bermain di parit saliran ini.
“Alhamdulillah, hari ini kami mengunakan tiga jala di mana dua jala berjaya memerangkapnya,” cerita Izzudin.
Ikan siakap itu yang dianggarkan mencecah harga RM4,000 mengikut harga pasaran tidak dijual sebaliknya diagih-agihkan sesama mereka.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.