Disaat ramai yang berjaga-jaga dengan jangkitan COVID-19, dalam diam kes demam denggi rupanya sedang meningkat dari hari ke hari.

Menurut laman iDengue, kes harian sebanyak 338 kes dilaporkan pada 24 Jun 2020, dengan jumlah terkumpul dari 29 Disember 2019 hingga 24 Jun 2020 sebanyak 53,396 kes.
Berbanding kes COVID-19, jumlah kes terkumpul setakat 24 Jun di Malaysia adalah sebanyak 8,596 kes dengan kes baru semalam hanya 6 kes.

Merujuk kepada data yang diperoleh daripada Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat hari ini Selangor merupakan negeri tertinggi kes denggi, diikuti Kuala Lumpur, dan Johor.

Tambah lagi, jumlah kematian daripada Januari sehingga 20 Jun 2020 di Malaysia adalah sebanyak 90 orang.
Justeru, orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah pencegahan dan kawalan seperti membersih kawasan persekitaran, mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes untuk memastikan kawasan mereka bebas daripada denggi.
Sumber: iDengue
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.