Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

“Kak Long” Didakwa Hina Komuniti OKU Dituntut Buat Permohonan Maaf Dan Laksana Aktiviti Amal Sebagai Pengajaran

Alamak dah kenapa tu?
Muhammad Izwan Zainal
18 Mar 2022, 05:00 PM

Ahli Dewan Negara yang mewakili golongan OKU Senator Datuk Ras Adiba Radzi menuntut permohonan maaf secara terbuka dan melakukan aktiviti amal daripada wanita yang didakwa menghina golongan OKU.

Isu ini mula tular di media sosial apabila wanita dikenali sebagai “Kak Long” dilihat mempersendakan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU).

“kak long” didakwa hina komuniti oku dituntut buat permohonan maaf dan laksana aktiviti amal sebagai pengajaran

Menurut beliau, wanita berkenaan perlu diberi pengajaran terhadap perbuatan yang dilakukan iaitu berlakon seperti OKU yang dianggap seolah menghina komuniti tersebut.

“Saya harap semua pihak dapat menjaga sensitiviti dan hormat kepada OKU kerana kita semua seharusnya ingat bahawa satu hari (nanti) semua akan menjadi OKU.

“Perkara sebegini bukan kali pertama berlaku, malah sejak kebelakangan ini telah pun ada beberapa isu mempersenda OKU kerap berlaku.

“Penguatkuasaan Akta Orang Kurang Upaya 2008 yang rapuh dan lemah menyebabkan ramai di luar sana terus menerus mempersenda dan mendiskriminasi komuniti OKU,” katanya.

“kak long” didakwa hina komuniti oku dituntut buat permohonan maaf dan laksana aktiviti amal sebagai pengajaran

Tambahnya, beliau juga menyeru semua persatuan dan pertubuhan OKU untuk membuat laporan polis terhadap individu berkenaan supaya tindakan dapat diambil mengikut lunas undang-undang.

Presiden OKU Sentral itu juga menegaskan wanita berkenaan melakukan perbuatan memalukan fizikal seseorang secara lisan mahupun di alam maya dan diklasifikasikan sebagai jenayah di bawah Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Saya memohon kerajaan untuk meminda Akta 588 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan dengan memasukkan hukuman lebih berat supaya tindakan mengaibkan orang khususnya OKU tidak dilakukan.

“Kita perlu pastikan bahawa (OKU) bukan sesuatu yang boleh dipermainkan dan kami tidak boleh diperkotak-katikkan kerana kami OKU. Kami mempunyai perasaan, kami mempunyai kehendak dan maruah jadi ini mesti dihentikan,” katanya.

Sumber: Bernama
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us