Bumi diliputi oleh 71 peratus air dan selebihnya adalah daratan. Namun, setakat hari ini hanya 18 peratus laut berjaya dipetakan.

Ini bermaksud, kita lebih tahu landskap planet lain berbanding kedalaman lautan di bumi sendiri.
Justeru, saintis kini sedang mencuba untuk membuat pemetaan seluruh permukaan laut menjelang tahun 2030.

Projek yang dikenali dengan nama ‘Seabed 2030’ itu akan menggunakan teknologi tercanggih untuk menjelajah setiap pelosok lautan di dunia dan mereka berharap untuk membuat penemuan baharu seperti gunung-gunung yang tersorok di dasar lautan yang boleh membahayakan pergerakan kapal-kapal selam.
Geoffroy Lamarche, salah seorang ahli Seabed 2030 berkata, jika kita ke laut dalam, kita sebenarnya boleh terlepas seluruh gunung.
Sumber: New York Post
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.