Dalam buku tulisan Don Tapscott bertajuk ‘Grown Up Digital’, beliau membahagikan generasi mengikut demografi penduduk seperti Pre Baby Boom, The Baby Boom, The Baby Bust, The Echo of The Bbay Boom, Generation Net dan Generation Aplha.

Namun, terdapat beberapa pendapat bahawa individu yang lahir antara tahun 1985 hingga 1995 adalah generasi yang unik.
- Generasi ini lahir di antara dua generasi yang mana sebelum wujudnya Internet dan selepas adanya teknologi canggih.
- Generasi sebelum generasi ini percaya kerja keras adalah kunci segalanya, manakala generasi selepas generasi ini percaya pada pengurusan kerja yang bijak. Maka, generasi 1985 hingga 1995 duduk dalam kedua-duanya.
- Generasi ini dapat melihat semua evolusi teknologi seperti televisyen, kenderaan, pembangunan, sosial media dan lain-lain.
- Generasi sebelum generasi ini mudah ditipu dengan emel ringkas, manakala generasi seterusnya percaya perlunya beberapa emel dibahagikan mengikut fungsi.
- Generasi sebelumnya akan mengikut tradisi tanpa banyak bertanya, manakala generasi seterusnya jarang mengenali tradisi. Mereka yang lahir pada generasi 1985-1995 adalah mereka yang patuh pada tradisi jika ia rasional.
Pendek cerita, mereka yang lahir dalam generasi ini berpeluang untuk melihat sendiri evolusi teknologi dan ia tidak mungkin dapat dirasai oleh generasi yang lain.
Korang lahir tahun berapa? Share jom!
Sumber: Zambian Influencer / ODISI

Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.