Kungfu, merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang berasal dari China. Salah satu akademi kungfu yang masih bertahan ialah Akademi Kungfu Shaolin yang terletak di Hainan, China.
Ia diasaskan pada 1978, mempunyai keluasan 730,000 meter persegi dan mempunyai 330 jurulatih dan 35,000 pelajar.


Menariknya, akademi ini juga telah menyertai lebih 600 pertandingan serata dunia, termasuk Sukan Olimpik dan telah memperoleh 2,159 pingat, 1,021 daripadanya adalah pingat emas. Wow!


Akademi yang menjadi salah satu daripada 10 akademi kungfu terbaik di China, juga mengajar pelajarnya skil asas pertempuran dan mempertahankan diri yang lain seperti Taekwando dan juga kickboxing.
Sumber: Siakap Keli
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.