Sejak dua menjak ini, cabaran #bottlecapchallenge telah menjadi trending dan ikutan orang ramai yang memerlukan seseorang untuk membuka penutup botol menggunakan tendangan.

Namun, dua orang kanak-kanak ini telah membawa #bottlecapchallange ke satu aras yang lebih tinggi apabila mereka berjaya menyalakan mancis menggunakan satu tendangan.


Menurut sebuah akhbar tempatan, China Press melaporkan bahawa kanak-kanak ini sudah berlatih Taekwando selama lebih tiga tahun dan mengambil keputusan untuk menguji skil tendangan mereka.


Sebelum tendangan, kasut mereka telah ditampalkan dengan pelekat bagi menghasilkan geseran untuk menyalakan api.

Hasilnya?
Memang terbaik! Ada sesiapa yang boleh buat skil tendangan seperti ini?
Sumber: China Press

Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.