Filem seram, “Annabelle Comes Home” yang kini sedang ditayangkan dipawagam seluruh negara nyata memberi kesan pada penonton.
Mana tidaknya, seorang penonton lelaki dilihat berpakaian mirip patung tersebut, menonton filem berkenaan disalah satu pawagam dalam negara.


Ia dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @azlanalanlan yang menunjukkan gelagat lelaki yang berasal dari Johor itu memakai cosplay apabila menonton filem berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama rasa terhibur dan ada juga yang tidak dapat membayangkan andai individu terbabit berada dalam pawagam bersama mereka.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.