Mayat seorang lelaki ditemui lemas di sungai di Kampung Tanjung Pagar, Dungun, Terengganu.
Mangsa Mohd Shafeqal Mohd Fadli ditemukan adiknya kira-kira 12 tengah hari di kawasan Perumahan Bukit Tebuk.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar dari rumahnya, kira-kira 12 tengah hari, pada 26 Mac lalu
Berusia 25 tahun, adik mangsa melaporkan abangnya itu hilang selepas tidak pulang pada hari itu.
“Adik mangsa kemudian menjumpai motosikal milik abangnya itu berada di tepi sungai terbabit, namun gagal menemui abangnya itu.
“Keluarga mangsa terus menyambung pencarian itu dan sekali lagi pergi ke sungai terbabit dua hari selepas itu sebelum menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring di kawasan tepi sungai,” katanya.

Tambahnya, mangsa dipercayai lemas ketika mandi di kawasan tepi sungai terbabit sebelum ditemukan adiknya sendiri.
“Mungkin pada hari pertama pencarian, ahli keluarganya gagal menemui mangsa.
“Polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian dan siasatan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya.
Siasatan lanjut akan dijalankan dan mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.