Foto: AFP
Mulai 15 April 2025, sebanyak 17 laluan utama di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya akan ditutup secara sementara bagi memberi laluan kepada lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia.
Memetik laporan Bernama, penutupan ini dijadualkan berlangsung selama tiga hari, sehingga 17 April 2025, dan dilaksanakan secara berperingkat mengikut pergerakan delegasi rasmi.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, penutupan setiap laluan dijangka berlangsung antara 30 hingga 45 minit, bergantung kepada jadual pergerakan delegasi.
Antara laluan yang terlibat termasuk Lebuh KLIA, Lebuhraya ELITE, Lingkaran Putrajaya, Lebuhraya Putrajaya-Dengkil, Persiaran Selatan, Lebuh Gemilang, dan Jalan P5. Penutupan ini akan bermula pada 15 April jam 6 petang, dan akan diteruskan pada 16 April dengan penutupan tambahan melibatkan Lebuh Raya MEX, KESAS, SUKE, NPE, Terowong SMART, Lebuhraya KL-Seremban, Jalan Istana, Jalan Damansara, Jalan Sultan Abdul Halim, dan Jalan Sultan Iskandar.
Pada 17 April, penutupan akan bermula seawal 8.50 pagi, melibatkan laluan seperti Jalan P5, Lebuh Gemilang, Persiaran Selatan, Lebuhraya Putrajaya-Dengkil, Lingkaran Putrajaya, Lebuhraya ELITE, dan Lebuh KLIA.
Foto sekadar hiasan
Sebanyak 378 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk mengiringi rombongan, mengawal aliran trafik, dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jalan raya sepanjang tempoh berkenaan. Orang ramai dinasihatkan untuk merancang semula perjalanan mereka dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan
Pihak berkuasa juga mengingatkan pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan petugas di lokasi bagi memastikan kelancaran keseluruhan operasi. Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai dalam menjayakan lawatan rasmi ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.