Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Disangka Bercuti, Rupanya Berlumba: 10 Warga Malaysia Didenda Kerana Terlibat Lumba Haram di Hat Yai

ROSTAM, Mohamad Firdaus
19 May 2025, 11:14 AM

disangka bercuti, rupanya berlumba: 10 warga malaysia didenda kerana terlibat lumba haram di hat yaiFoto: Tangkapan skrin layar TikTok

Keceriaan sebuah percutian berubah menjadi pengalaman pahit buat sepuluh rakyat Malaysia apabila mereka dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa Thailand kerana terlibat dalam aktiviti lumba haram.

Memetik laporan Sinar Harian, insiden tersebut berlaku pada awal pagi Jumaat lalu di Hat Yai, salah satu destinasi pelancongan popular di selatan Thailand yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Kesemua individu terlibat iaitu seramai enam lelaki dan empat wanita yang berusia antara 21 hingga 37 tahun. Mereka dilaporkan memandu enam buah kenderaan berdaftar dari Malaysia yang telah diubah suai untuk meningkatkan prestasi, dipercayai bagi tujuan perlumbaan jalanan.

Menurut Ketua Polis Balai Kohong, Kolonel Polis Apichat Wannako, pihaknya menerima aduan daripada penduduk tempatan berkenaan aktiviti pemanduan berbahaya yang berlaku sekitar jam 1.30 pagi di kawasan berhampiran Bazaar Greenway, Hat Yai.

"Kami mengambil serius laporan itu dan segera menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Melalui rakaman CCTV dan pemantauan rondaan, kami berjaya mengesan enam buah kereta yang terlibat," katanya dalam sidang media yang diadakan pada Ahad.

Hasil siasatan mendapati kesemua kenderaan telah dimodifikasi, dan cara pemanduan mereka disifatkan sebagai membahayakan pengguna jalan raya lain. Rakaman video juga menunjukkan kereta-kereta tersebut memecut dalam kelompok dan membuat aksi berisiko tinggi seperti memotong secara berbahaya serta memecut di kawasan tumpuan ramai.

Kesemua individu ditahan sementara dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Mereka kemudian mengaku bersalah atas tuduhan memandu secara merbahaya dan terlibat dalam aktiviti lumba haram. Setiap seorang telah dikenakan denda sebanyak 5,000 Baht (kira-kira RM650), dan mereka dibebaskan setelah membayar denda pada hari yang sama.

Kolonel Apichat menegaskan bahawa Thailand tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, termasuk pelancong asing, yang melanggar undang-undang lalu lintas dan membahayakan keselamatan awam.

“Kami ingin mengingatkan para pelawat, khususnya dari luar negara, supaya sentiasa menghormati undang-undang negara ini. Thailand mengalu-alukan kedatangan pelancong, tetapi tidak akan berlembut terhadap mereka yang menimbulkan ancaman kepada ketenteraman awam,” katanya lagi.

Insiden ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, khususnya dalam kalangan netizen Malaysia yang menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pelancong. Ramai yang menyuarakan kebimbangan bahawa tindakan sebegini boleh menjejaskan imej rakyat Malaysia di luar negara.

Sebagai peringatan, lumba haram bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi turut membawa risiko tinggi kepada nyawa, baik kepada pelumba, penonton mahupun pengguna jalan raya lain. Tindakan pantas pihak berkuasa Thailand ini wajar dipuji kerana berjaya mengelakkan kemungkinan tragedi berlaku.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us