Sempena hari raya dimusim PKPB ini, mungkin agak sukar untuk kita mendapatkan stok lemang yang dijual diluar. Apa kata korang cuba resipi ini yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Otomen Slumber. Resipi lemang ni hanya menggunakan cawan kertas. Ha, tak perlulah susah-susah nak cari buluh dah.
Nak tau cara buat? Jom tengok video ni:
Bahan-bahannya:
- Beras pulut
- Santan
- Daun pisang
- Cawan kertas
- Garam
Cara membuatnya:
- Basuh beras pulut dan toskan sehingga kering
- Masukkan daun pisang ke dalam cawan kertas
- Masukkan 3/4 cawan beras pulut
- Perasakan santan dengan garam dan masukkan ke dalam beras pulut tadi
- Masukkan lemang yang telah siap ke dalam pengukus dan kukus selama 2 hingga 3 jam
- Pastikan lemang sejuk dahulu sebelum dipotong
Kredit: Otomen Slumber
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.