
Kembali lagi dengan aksi silap mata dan tipu helah paling mind-blowing!Selepas kejayaan besar mereka, kumpulan “Four Horsemen” kini berdepan cabaran baharu, musuh yang lebih bijak, permainan yang lebih berisiko, dan misi yang boleh menyingkap rahsia silap mata terbesar dunia.
Apabila sebuah organisasi misteri mula memburu mereka, Danny Atlas (Jesse Eisenberg), Merritt McKinney (Woody Harrelson), Jack Wilder (Dave Franco), dan Henley Reeves (Isla Fisher) perlu bersatu semula untuk melakukan satu persembahan paling berani dalam karier mereka yang boleh jadi helah terakhir mereka.
Filem ini diarahkan oleh Ruben Fleischer, dengan barisan pelakon hebat seperti Morgan Freeman, Rosamund Pike, Justice Smith, Dominic Sessa, dan Ariana Greenblatt.
Nak menang tiket menonton filem Now You See Me: Now You Don't? Caranya jawab 2 soalan mudah di bawah ini serta lengkapkan slogan yang paling kreatif!