Personaliti baharu Ameer Dawi, yang akan menghoskan segmen baharu ‘ERA Seranto’, 10 pagi hingga 3 petang. Seorang yang berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan tarian, Ameer akan menemani dan menghiburkan pendengar ERA Sarawak dengan pilihan lagu-lagu terbaik tempatan dan antarabangsa secara berterusan. Pendengar juga akan dapat menerima info-info terkini tentang muzik, hiburan, perkembangan semasa dan banyak lagi.