Bulan Ramadan yang tiba ini pasti ramai daripada kita yang mahukan ganjaran pahala dan mengambil kesempatan di bulan suci ini untuk membuat kebaikan.
Penyanyi Amylea Azizan juga berniat sebegitu apabila dilihat bertudung di hantaran akaun Instagramnya.
Demi menghormati bulan Ramadan, Amylea berkata dia mahu mengubah dari segi luaran dirinya dan juga memperkuatkan ilmunya sebagai seorang Muslimah.
“Tahun ini memang saya berniat untuk bertudung dan kalau keluar bazar pun saya akan bertudung.
“Pada pendapat peribadi saya, pakai tudung ini sangat besar tanggungjawabnya dan saya meletakkan perkara itu di tingkat tertinggi," ujarnya.
Rakan artis seperti Aina Abdul turut menyokong imej baharu Amylea dengan meninggalkan komen di hantaran tersebut.
Penyanyi berusia 35 tahu itu turut berkata dia bersedia menerima tomahan daripada warganet mengenai imej baharunya di bulan Ramadan ini.
Sementara itu, Amylea kini sibuk melakukan persiapan untuk melancarkan lagu terbaharu istimewa Syawal ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.