Pergolakan rumahtangga pelakon filem Paskal, Ammar Alfian pada mulanya dilihat sudah reda apabila Ammar memuatnaik foto mesra bersama isterinya, selepas beberapa jam pulang dari Barcelona.
Post yang lengkap dengan hashtag #gettingcloser, #imback dan #parenthood menggambarkan seolah-olah mereka sudah berbaik dan kembali bersama. Ammar juga berkongsi beberapa foto menerusi Instastories miliknya.
Namun begitu, Nelisaa menyelar tindakan Ammar yang berkongsi foto sesuka hati tanpa persetujuan dirinya. Tambah Nelissa lagi, gambar tersebut adalah gambar lama yang diambil sebelum Ammar kantoi bersembang dengan perempuan lain menerusi direct message (DM).
Terdahulu, Nelissa dilaporkan telah mengadakan baby shower bagi meraikan anaknya yang akan dilahirkan, manakala Ammar pula ketika itu sedang berada di Sepanyol untuk berbasikal.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.