Penyanyi dan juga pelakon, Aliff Aziz telah sah bercerai bersama isterinya, Bella Astillah, pada 16 Mei lalu.
Terbaru, Aliff Aziz telah berkongsi satu status dilaman Twitter miliknya, dengan mengharapkan agar Allah menyambung semula jodoh mereka selepas ini.
“Ya Allah satukanlah jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, Jadikanlah aku jodohnya..” tulisnya dilaman Twitter.
Perkongsian itu mendapat reaksi positif orang ramai dan mengaminkan doa tersebut.
Aliff juga berkongsikan rasa rindu pada anaknya, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun, di laman Instagramnya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.