BTS atau Bangtan Boys, yang dianggotai oleh tujuh orang ahli iaitu Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook dilaporkan bakal melancarkan album terbaharu pada pertengahan bulan depan.
BTS pada masa ini sedang bertungkus-lumus menyiapkan album terbaru mereka dan dalam peringkat terakhir menerbitkan sebuah mizik video.
Album yang pada mulanya dilaporkan keluar pada bulan Mei terpaksa dipercepatkan tarikh penampilan semuka mereka, seiring dengan populariti kumpulan ini yang semakin meningkat naik.
Rasa keterujaan itu dikongsikan di laman sosial ARMY seluruh dunia dengan memuat naik entri #BTSISCOMING.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.