Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

Arul Rasheed

Terakhir Kali

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

PETANG ERA

PETANG ERA tak akan bagi korang huru hara!! Sebab semua yang extra dan power Haziq & Shasha akan belanja! Semua yang function ada di PETANG ERA setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 4 hingga 8 malam.

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Album Art Ke Udara

Terakhir Kali

Arul Rasheed

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

PETANG ERA Segmen Terkini

PETANG ERA

PETANG ERA tak akan bagi korang huru hara!! Sebab semua yang extra dan power Haziq & Shasha akan belanja! Semua yang function ada di PETANG ERA setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 4 hingga 8 malam.

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

Al-Fatihah, Bekas Penyampai Radio ERA, Subi Meninggal Dunia

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Subi
Hanim
13 Apr 2021, 09:35 PM

Bekas penyampai radio ERA, Subarma Mohtaruddin atau Subi telah dijemput ilahi hari ini yang merupakan hari pertama umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadan.

al-fatihah, bekas penyampai radio era, subi meninggal dunia

Personaliti radio berusia 55 tahun itu menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 1.38 petang di Hospital Serdang akibat pelbagai komplikasi.

Menurut anak sulungnya, Nur Adibah, Allahyarham Subi juga menjalani pembedahan buang usus sepanjang 1.8 meter pada pukul 3.30 petang Isnin.

“Ayah sebelum itu dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengadu sakit perut dan muntah.

“Doktor sebelum itu mengesahkan ada saluran tersumbat pada bahagian usus dan pusat Allahyarham juga bengkak,” tambahnya lagi.

al-fatihah, bekas penyampai radio era, subi meninggal dunia

Susulan itu, Subi perlu menjalani pembedahan segera bagi mengetahui punca penyakit.

"Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas azan Zohor," katanya.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dengkil, Sepang pada petang tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Aishah Saironi, 57 tahun dan dua orang anak Nur Adibah, 24 tahun serta Muhammad Yusof, 19 tahun.

"Arwah bukan sahaja seorang pengurus, abang dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu pengetahuannya. Saya banyak belajar darinya ketika kami berkhidmat di Era, saya sangat berterima kasih atas nasihat dan masa yang dikongsi oleh Arwah waktu itu," kata rakan baik Allahyarham Subi, Seelan Paul. 

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

ads-with-us ads-with-us ads-with-us