Pelakon dan pengacara, Ain Edruce selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 1.30 pagi semalam.
Bayi seberat 2.79 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Petaling Jaya.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Ain mengambil masa hampir berbelas jam tempoh masa sebelum bersalin.
“Setelah berbelas-belas jam di dalam hospital, akhirnya saya bersalin,” katanya.
Sebelum itu, Ain juga berkongsi dengan pengikutnya untuk meneka mengenai jantina anaknya itu.
Aksi mencuit hati Ain dan suaminya ketika menunggu saat melahirkan di dewan bersalin menjadi tumpuan di media sosial.
Terdahulu, Ain dan Amirul melangsungkan perkahwinan pada 13 Disember 2019.
Sumber: Instagram Ain Edruce
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.