Pelakon, Amelia Henderson, 24, kini kembali mewarnai pentas seni dan membintangi beberapa buah drama tempatan.
Beliau yang telah melibatkan diri dalam dunia seni seawal usia 6 tahun berkata kepada Sinar Harian, walaupun sudah berlakon sejak kecil, ia bukan satu kelebihan.
“Saya tak kisah bermula dari bawah walaupun sudah mula berlakon sejak kecil. Bagi saya berlakon ketika kecil dan setelah dewasa adalah dua cabang yang berbeza.
“Atas faktor itu, saya terima watak sampingan untuk membuktikan bakat lakonan saya terlebih dahulu.
“Saya lebih suka orang mempercayai atau mengambil saya bekerja kerana percaya dengan kemampuan saya membawakan sesuatu watak, bukannya kerana saya sudah lama berada dalam industri." kata Amelia.
Beliau yang sering membawa watak protagonis, juga ingin membawa watak berbeza.
“Saya teringin juga untuk membawa watak aksi dan sentiasa mahu cuba sesuatu yang berbeza,
“Saya juga akui jadual saya agak padat dengan penggambaran, pengacaraan dan turut merakamkan sebuah lagu.
“Sebab itu saya perlu selektif kerana jika asyik berlakon, saya tak akan ada masa untuk menjadi pengacara dan penyanyi.
“Saya buat semua ini kerana saya minat, bukan kerana nak kejar populariti. Sesiapa pun yang keluar TV akan dapat perhatian masyarakat tetapi itu bukan fokus utama saya.
“Bagi saya kalau kita tak mencuba buat apa yang kita suka sekarang, bila lagi kita dapat buat kerana peluang tidak datang banyak kali.
“Kalau boleh apabila usia saya mencecah 40 tahun, saya mahu memperlahankan karier atau mungkin bersara terus dari industri seni”, katanya pada Sinar Harian.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.