Kreativiti penyanyi rap, Altimet dalam melatih anak-anak untuk menjalani ibadah puasa dan tarawih di bulan Ramadan ini membuatkan ramai warganet kagum dengan tindakannya.
Altimet menyediakan sebakul snek makanan seperti gula-gula dan coklat khas buat anaknya sebagai ganjaran jika melengkapkan ibadah tersebut dalam satu hari.
Menerusi hantaran di akaun Instagram Altimet, dia memuji anak-anak dengan memberikan galakkan seperti ini untuk mengamalkan lagi ibadah di bulan suci ini.
“Haaaaaaa. Ni la dia Bakul Ganjaran Ramadan. Mana Anak Baba yang puasa, solat tarawih semua lengkap, dapat lah ambil 1 barang dari bakul ini setiap hari.
"Anak-anak ini bukan macam kita, boleh fikir jauh nak kumpul pahala. Jadi kita bagi lah motivasi sikit. Good job,” katanya
Rata-rata warganet turut tertarik dengan cara Altimet mengajar dan melatih anak dalam melengkapkan ibadah puasa dan juga tarawih ini.
“Good idea!” komen salah seorang pengikut Altimet.
“Wah thank you for the idea,” kata pengikutnya lagi.
Terdahulu, Altimet sudah mendirikan rumah tangga hampir 16 tahun dan hasil perkongsian hidup bersama isteri, dia dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Altimet
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.