Akaun Instagram pelawak, Ali Puteh, dilaporkan telah digodam oleh individu tidak dikenali hujung minggu lalu.
Mempunyai 467 ribu pengikut dilaman Instagram, akaun ini adalah akaun kedua milik Ali yang digodam selepas akaun pertamanya dahulu digodam pada September 2019.
Pemberitahuan mengenai akaun terbaru Ali itu diumumkan menerusi ruangan entri di Instagram terbarunya semalam.
"Instagram baru saya yang original..Yang lama sudah kena hack.
"Selain dari akaun ini itu semua bidaah!" maklumnya.
Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Ridzuan, 31, bagaimanapun menganggap segala yang terjadi adalah ujian dalam kehidupannya.
"Allah uji lagi. Instagram pulak dicuri. Insya-Allah terus bersabar kerana bila kita sabar, Allah sayang kita," tulisnya lagi.
Jumaat lalu, Ali telah membuat satu sidang media khas menjelaskan segala kekeliruan yang timbul ekoran daripada konflik yang terjadi antara dirinya dengan balu kepada Allahyarham Abam.
Semoga Ali tabah menghadapi ujian ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.