Jennie, salah seorang ahli kumpulan BLACKPINK telah membuat kejutan kepada peminat dengan membuka saluran YouTube rasmi, Jennierubyjane Official.
Kejutan yang dibuat sempena sambutan hari lahirnya yang ke-25 pada 16 Januari lalu menyaksikan lebih 4.32 juta pengikut baharu dilaman berkenaan dalam masa hanya beberapa hari ia dirasmikan.
Video pertama Jennie, ‘Hello world. From Jennie’ yang kini mencecah 18 juta tontonan, menjadi antara video yang trending di YouTube setakat ini.
Menerusi video itu, Jennie berkongsi tentang kehidupan sehariannya seperti mengemas rumah, memasak, melukis dan menyanyi.
Perkongsian Jennie untuk membuka akaun Youtube rasminya sendiri sejak 13 Januari lalu, membuatkan peminat merasa teruja untuk menyaksikan pelbagai lagi perkongsian menarik oleh penyanyi itu.
Menariknya, akaun Youtube Jennierubyjane Official ini merupakan akaun Youtube kedua yang mencatatkan jumlah pelanggan paling tinggi dalam tempoh 24 jam ia dibuka iaitu seramai 1.7 juta pengikut dalam sehari. Rekod berkenaan berada dibelakang penyanyi Brazil, Marilia Mendoca yang mencatatkan 1.8 juta pengikut dalam sehari pada 8 April 2020.
Terdahulu, Lisa turut tampil dengan akaun rasmi Youtubenya iaitu Lilifilm Official pada 5 November 2018.
Sumber: Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.