Sejak akhir-akhir ini, tular berita tentang motosikal jenis Yamaha 15ZR atau Ysuku yang menjadi pemerhatian polis ekoran daripada modifikasi tanpa mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
Perkara ini mendapat perhatian pelawak, Achey yang mengakui gemar melakukan pengubahsuaian, namun beliau akur jika disita.
“Ubahsuai ini, jika pembawakan positif maka positif lah jadinya. Bagi saya, pengubahsuaian lebih terarah keselamatan kerana motosikal berkelajuan lebih 120 kilometer/sejam, jika diubahsuai lebih stabil berbanding dikeluarkan daripada kilang.
“Saya akur arahan pihak berkuasa tetapi sekiranya motosikal ini disita, saya tidak bersetuju. Jika mahu melarang pengubahsuaian, perlu tahu ia bermula di kedai aksesori.
“Kita kena adil, jika nak saman pemilik atau penunggang, perlu juga ke atas pemilik kedai. Kes ini sama saja seperti penagih dan pengedar dadah,” katanya.
Tambah Achey lagi, beliau tetap mematuhi undang-undang walaupun meminati ubahsuai Ysuku.
“Biarpun meminati ubahsuai Ysuku, kami patuh undang-undang. Cuma ingin ditegaskan penjualan aksesori punca pendapatan malah penunggang motosikal yang berkonvoi menghasilkan perolehan buat pengusaha kedai makan,” katanya seperti dipetik dari portal Rotikaya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.