Bukan setakat rela dibenci, Aiman Tino juga rela ditampar. Seperti yang semua maklum, Aiman Tino sekarang dah nak jadi pelakon pulak. Lepas dah menyanyi, Aiman Tino mencuba nasib dalam bidang lakonan pula.
Instagram Aiman Tino
Bukan senang nak berlakon. Kalau setakat berlakon tapi tak ada jiwa benda tu tak akan sampai pada penonton. Jadi, untuk dapatkan feel tu, Aiman Tino telah ditampar oleh seorang pelakon senior iaitu Fazlina Ahmad Daud.
"Kebetulan Fazlina yang saya panggil Kak Baby ada bersama dan dia membawa saya ke satu sudut. Dia meminta saya mengenang semula perkara sedih dalam hidup. Tiba-tiba, dia menampar saya.
"Tindakannya itu membuatkan saya terkejut. Namun, sebaik selesai penggambaran babak itu, dia terus memeluk saya dan memohon maaf.” Kata Aiman Tino kepada Berita Harian.
Kami ucapkan good luck untuk Aiman Tino. Semoga terus maju jawa dalam industri hiburan.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.