PENGAMBILAN KEMASUKAN BARU KURSUS TVET BIDANG MARITIM & PERKAPALAN
  Pendidikan
  
  
  Tarikh :  01 Oct 2025  -30 Nov 2025 
  
Hari :    Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat
  
Lokasi :  BATANG KALI
  
Target Penonton :    18 Tahun ke atas
  
Masa :    8.00 pagi - 5.00 petang
  
Individu Untuk Dihubungi :    Shahida Aina Binti Mohamad
  
Nombor Telefon :    011-26010334
  
Email :    [email protected]
  Laman Web: www.pelitaakademi.com
  
Harga Tiket :    Mengikut jenis kursus yang dipilih
  
 •	Nama Program: KURSUS TVET BIDANG MARITIM DAN PERKAPALAN
•	PELITA AKADEMI SDN. BHD. (PUSAT BERTAULIAH TVET)
•	Lokasi: No. 58, Jalan Kelah 2, Taman Perniagaan Kelah, Ligamas, 44300 Batang Kali, Selangor
•	Tarikh pengambilan: 01 Oktober 2025 hingga 30 November 2025
•	Sasaran Peserta: Lelaki berumur 18–35 tahun, sihat tubuh badan, TIDAK buta warna dan berminat untuk bekerja dalam bidang maritim atau perkapalan.
•	Hubungi: 011-2601 0334
•	Laman Web: www.pelitaakademi.com
Kursus-kursus ini memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan latihan jangka pendek. Antaranya adalah kursus 7 minggu, 9 minggu atau 6 bulan yang berasaskan kemahiran sebenar industri maritim, dengan silibus yang menepati keperluan semasa TVET Malaysia dan menjadi batu loncatan ke arah kerjaya dalam sektor maritim dan perkapalan.
Setiap pelatih LAYAK mendapatkan PINJAMAN PENUH daripada PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK).
Setiap pelatih akan memperoleh sijil yang diiktiraf JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN dan sijil-sijil  modular STCW yang diiktiraf JABATAN LAUT MALAYSIA serta layak untuk bekerja diatas kapal SELURUH DUNIA.
  
  
  
 
  Teater Rakyat Tanpa Langit
  Seni & Hiburan
  
  
  Tarikh :  10 Oct 2025    
  
Hari :    Jumaat
  
Lokasi :  Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur.
  
Target Penonton :    Umum
  
Masa :    8.30 Malam - 11.00 Malam
  
Individu Untuk Dihubungi :    Mohd Khairul Azhar Bin Mustapa
  
Nombor Telefon :    -
  
Email :    [email protected]
  Laman Web: -
  
Harga Tiket :    Masuk Percuma
  
 Kami dari Dramatis Studio  dengan sukacitanya ingin menjemput tuan/puan dan semua hadirin untuk menghadiri persembahan teater “Rakyat Tanpa Langit” yang bakal dipentaskan sempena Pesta Teater Kuala Lumpur 2025 pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) pukul 8.30 Malam bertempat di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur.
Masuk adalah percuma
  
  
  
 
  Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan (PKPK) 2025 
  Karnival
  
  
  Tarikh :  18 Oct 2025  -19 Oct 2025 
  
Hari :    Ahad, Sabtu
  
Lokasi :  Dewan Besar PKKSSAAS, Universiti Putra Malaysia
  
Target Penonton :    Umum
  
Masa :    8:00 pagi - 5.00 petang
  
Individu Untuk Dihubungi :    MOHD NORSAZWAN GHAZALI
  
Nombor Telefon :    03-9769 4802
  
Email :    [email protected]
  Laman Web: https://agri.upm.edu.my/
  
Harga Tiket :    PERCUMA
  
 Jom sertai kami dalam Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan (PKPK) 2025 dengan tema “Inovasi Pertanian Pemangkin Komuniti Hijau”.
PKPK yang mula dianjurkan pada tahun 2023 telah berjaya mendapat pengiktirafan dari The Malaysian Book of Records sebagai persidangan pertama yang berjaya menghimpunkan komuniti pertanian Malaysia dalam platform yang sama.
Persidangan ini bakal berlangsung seperti butiran berikut:
📅 Tarikh: 18 – 19 Oktober 2025
🕘 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Dewan Besar PKKSSAAS, UPM
Masuk adalah PERCUMA. Terbuka kepada orang ramai, pelajar, petani, usahawan & komuniti pertanian. Daftar sekarang dan sertai kami ! 
Pra-pendaftaran PKPK 2025 di sini : https://forms.gle/njSn1nR8nxYyBNqR8
📞 Untuk maklumat lanjut, hubungi:
* Dr. Jasmin: 012-2813995
* Pn. Athirah: 017-5041727
* Dr. Elliza: 012-4272290
Jumpa anda di UPM!
  
  
  
 
  PROGRAM  TVET DAY @ S.I.S.I 2025 ( SKILL IT, SELL IT) 
  Pendidikan
  
  
  Tarikh :  25 Oct 2025    
  
Hari :    Sabtu
  
Lokasi :  GIATMARA BANGI
  
Target Penonton :    Umum
  
Masa :    8.30 pagi - 5.00 petang
  
Individu Untuk Dihubungi :    Fadilah Binti Ahmad 
  
Nombor Telefon :    0389251978
  
Email :    [email protected]
  Laman Web: www.giatmara.edu.my
  
Harga Tiket :    0.00
  
 JOM RAMAI-RAMAI KE PROGRAM TVET [email protected]
 “SKILL IT. SELL IT”
🗒️ Tarikh: Sabtu, 25 Oktober 2025
🕣 Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: GIATMARA Bangi, Jalan P/9A, Kawasan Perindustrian Bangi, Seksyen 13, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
🔥 Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
Saksikan pameran kerjaya, demonstrasi kemahiran, Jom Cuba Skill dan TVETpreneur Showcase yang menampilkan hasil produk & perkhidmatan usahawan kemahiran GIATMARA!
💪 Datang bersama keluarga dan rakan-rakan — kenali potensi dunia TVET, rasai sendiri pengalaman hands-on yang menyeronokkan dan temui laluan kerjaya masa depan anda!
📞 Untuk maklumat lanjut, hubungi GIATMARA Bangi di talian 03-8920 8978 atau 012-263 9078.
  
  
  
 
  Pementasan Drama Tari Ahmad Nawab sempena Program "Colours OF Malaysia" 2025
  Seni & Hiburan
  
  
  Tarikh :  26 Oct 2025    
  
Hari :    Ahad
  
Lokasi :  Auditorium P.Ramlee Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pulau Pinang
  
Target Penonton :    Umum
  
Masa :    8.30 Malam - 10.30 Malam
  
Individu Untuk Dihubungi :    Muhammad Nizam bin Ahmad
  
Nombor Telefon :    042817791
  
Email :    [email protected]
  Laman Web: -
  
Harga Tiket :    PERCUMA
  
 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pulau Pinang akan menganjurkan Pementasan Drama Tari Ahmad Nawab sempena Program "Colours Of Malaysia" 2025 pada 26 Oktober 2025 (Ahad), 8.30 malam bertempat di Auditorium P.Ramlee JKKN Pulau Pinang. Masuk adalah PERCUMA. Dari alunan saksofon ke langkah tari, Dari melodi cinta ke pentas memori, Drama Tari Ahmad Nawab membawa anda mengembara dalam dunia penuh nostalgia dan keindahan karya agung muzik Malaysia. Semua dijemput hadir.
  
  
  
 
  KARNIVAL TVET ADTEC JTM KAMPUS PEDAS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK
  Seni & Hiburan
  
  
  Tarikh :  29 Oct 2025  -30 Oct 2025 
  
Hari :    Rabu, Khamis
  
Lokasi :  SEKITAR ADTEC JTM KAMPUS PEDAS
  
Target Penonton :    Umum
  
Masa :    8.30 Pagi - 5.00 Petang
  
Individu Untuk Dihubungi :    OTHMAN BIN ABU HASSAN
  
Nombor Telefon :    066853854
  
Email :    [email protected]
  Laman Web: www.ilppedas.gov.my
  
Harga Tiket :    PERCUMA
  
 Program yang akan diadakan:
1. Pameran TVET & Teknologi - Teknologi Dron, Teknologi Kimpalan, Teknologi Tanpa Wayar, Teknologi Automotiv, EV & Kecerdasan Buatan. Sokongan bersama Huawei Malaysia, Kumpulan Logamweld, Bright Future Talent, GWM Malaysia, VStream Revolution, DNex Solution.
2. Pameran Komuniti - Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Pemeriksaan Gigi Percuma, Manicure & Pedicure, Urutan Tradisional, Pemeriksaan Kenderaan Percuma, Gunting Rambut Percuma, Pameran daripada YAPEIM, Tabung Haji, Kaunter Bayaran Saman Trafik & JPJ.
3. Kursus & Klinik Percuma - Kursus AI, Klinik Sepak Takraw bersama Team Negeri Sembilan Antlers
4. Pertandingan - e Sport Mobile Legend, Rubik Challenge
5. Karnival Kesenian Islam - Forum Perdana, Pertandingan Qasidah, Pertandingan Nasyid, Pertandingan Daie Cilik
Semua percuma
  
  
  
 
 
           
 
       
        Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi 
03-9543 8888 atau lawati 
era.syok.my
        Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara, sila e-mel kepada kami di 
[email protected] atau faksimili di talian 
03-9543 5675.
        Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
        Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.