← Back to list
Kerajaan Pandang Serius Isu Potong Giliran Penerima Vaksin COVID-19.
Mar 01, 2021
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pandang serius isu potong giliran senarai penerima vaksin.
Khairy Jamaluddin berkata mana-mana pihak yang ada maklumat tentang individu yang melangkau giliran sebagai penerima vaksin diminta melaporkan terus kepada beliau.
Denda mungkin dikenakan ke atas pesalah dan beliau sendiri telah membincangkan cadangan itu dengan Perdana Menteri.
___
Kerajaan akan umum strategi baru tidak lama lagi untuk merancakkan ekonomi negara.
Perdana Menteri berkata demikian dalam temubual khas sempena genap setahun beliau menerajui kerajaan Perikatan Nasional.
___
Kementerian Pengajian Tinggi sedang berusaha tambah baik sistem pengajian dan pembelajaran dalam talian di semua IPT kendaliannya.
Ia katanya membabitkan beberapa aspek tertentu termasuk kaedah sistem itu dijalankan.
Hari ini bermulalah pembelajaran secara hibrid iaitu secara dalam talian dan fizikal di kampus bagi 6 kategori pelajar berkeperluan.
Dalam pada itu, hari ini juga merupakan hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka buat murid prasekolah, tahun 1 dan 2.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca