← Back to list
1 Juta Telah Daftar
Feb 26, 2021
Sejuta individu telah mendaftar untuk mendapat vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Penyelarasnya, Khairy Jamaluddin berkongsi berita itu menerusi ciapan di Twitter beliau.
Beliau turut menyeru orang ramai untuk bersama-sama mengakhiri pandemik ini dengan tampil mendaftarkan diri.
---
Selepas Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan, kini tiba giliran menteri lain menerima vaksin COVID-19.
Antara yang sudah mendapat suntikan vaksin dos pertama pagi tadi ialah Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau mendapat suntikan itu di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur bersama sejumlah pegawai dan angkatan tentera.
Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pula akan menyusul selepas solat Jumaat nanti.
---
Wanita hamil bukannya dilarang terus daripada mengambil imunisasi COVID-19.
Jelas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebenarnya golongan itu cuma tidak disyorkan mengambil suntikan tersebut ketika ini kerana data tidak mencukupi.
Ia disebabkan ujian klinikal yang dilakukan ke atas vaksin yang diterima kerajaan setakat ini tidak melibatkan wanita hamil atau menyusukan anak.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca