← Back to list
NUTP Saran Tangguh PdPR 2.0
Feb 10, 2021
NUTP Saran Tangguh PdPR 2.0
NUTP saran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tangguh pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) versi 2.0.
Ini kerana kaji selidiknya mendapati ia menambah bebanan kepada murid, guru dan ibu bapa.
Berdasarkan kaji selidik itu, masih ramai murid belum mempunyai peranti untuk PdPR.
Murid juga katanya sukar membiasakan diri belajar dari 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari di depan komputer, tablet atau telefon bimbit.
Ibu bapa khasnya yang tidak berpelajaran tinggi pula sukar memantau pembelajaran anak dan guru tidak dapat meneliti tahap kebolehan murid.
Sementara itu 22 premis menjual peranti dan peralatan elektronik diberi notis menerusi Ops Catut 8.0 di ibu kota.
Notis itu diberi bagi tujuan siasatan harga jualan barangan elektronik terutama komputer riba.
Tinjauan Sinar Harian baru-baru ini mendapati harga peranti elektronik melambung ekoran permintaan tinggi susulan pelaksanaan PdPR.
*foto: Utusan Malaysia (sekadar hiasan)
Wajib Guna MySejahtera
Penduduk di kawasan yang mempunyai capaian internet diwajibkan guna aplikasi MySejahtera untuk rekodkan kehadiran di lokasi atau premis tertentu, berkuatkuasa serta merta.
Kerajaan buat keputusan itu dibuat susulan ramai pelanggan tidak mencatatkan nama dan nombor telefon yang betul apabila melakukannya secara manual.
Perkara menyukarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk lakukan pengesanan kontak kes positif COVID-19.
Ibu kandung & Bapa Tiri Allahyarham Amir Didakwa Membunuh
Ibu kandung dan bapa tiri Allahyarham adik Amir dihadapkan ke Mahkamah Ayer Keroh, Melaka hari ini.
Kedua-duanya dilapor didakwa atas 2 tuduhan iaitu mendera dan menyebabkan kematian kanak-kanak 7 tahun itu.
Jika sabit kesalahan membunuh pasangan itu boleh dijatuhi hukuman mati.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca