← Back to list
80 Peratus Penduduk Terima Vaksin COVID-19
Feb 05, 2021
80 Peratus Penduduk Terima Vaksin COVID-19
Kira-kira 26 juta atau 80 peratus rakyat di negara ini akan menerima vaksin COVID-19 secara percuma.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, ia bakal dilaksanakan dalam 3 fasa.
Fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu akan bermula hujung bulan ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai menteri penyelarasnya.
Kes COVID-19 Melandai di Beberapa Negeri
Kes positif COVID-19 di beberapa negeri menunjukkan trend melandai susulan pelaksanaan PKP 2.0.
Menurut Perdana Menteri antaranya Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang.
Namun ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin, peningkatan kes masih berlaku di Selangor, KL dan Johor.
Negeri berkenaan katanya berkepadatan tinggi dan mempunyai kegiatan ekonomi serta industri yang rancak.
Semalam Malaysia mencatatkan 4,571 kes baru COVID-19 dengan 17 kematian.
Selangor, Johor dan KL kekal penyumbang kes tertinggi.
Bilangan Jemaah Ditambah
Jumlah jemaah yang dibenar menunaikan solat Jumaat dan solat fardu di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan ditambah.
Bilangannya kini dinaikkan berdasarkan separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.
*sumber & foto: AWANI, Sinar Harian, BERNAMA, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Utusan Malaysia & internet
*foto sekadar hiasan
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca