← Back to list
Tindakan Lebih Tegas Menanti Individu Ingkar SOP PKP!
Feb 02, 2021
Selepas 4 Februari, tindakan lebih tegas tanpa kompromi menanti individu yang ingkar PKP!
Ujar Menteri Kanan Keselamatania susulan peningkatan mendadak kes COVID-19.
Sementara itu, Datuk Seri Ismail Sabri turut memberitahu, MKN akan mengadakan mesyuarat khas hari ini.
Ia bertujuan membincangkan status PKP 2.0 yang dijadual tamat pada Khamis ini.
Dakwaan seorang sukarelawan jadi individu pertama terima suntikan vaksin Covid-19 tidak benar.
Dakwaan viral yang mengatakan seorang sukarelawan muncul individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 di Malaysia adalah tidak benar.
Jelas Kementerian Kesihatan, individu berkenaan sebenarnya menerima vaksin kajian, bukannya vaksin COVID-19.
Laman web kerajaan dan sistem pertahanan negara selamat.
Menteri Kanan Keselamatan sahkan laman-laman web kerajaan dan sistem pertahanan negara selamat daripada sebarang ancaman siber setakat ini.
la susulan ancaman kumpulan ‘Anonymous Malaysia' untuk menggodam laman web kerajaan, baru-baru ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca