← Back to list
Sajat mengaku tak bersalah berpakaian seperti wanita
Jan 20, 2021
Sajat mengaku tak bersalah berpakaian seperti wanita
Foto - mStarOnline
Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas pertuduhan berpakaian seperti wanita, tiga tahun lepas.
Dia yang lebih dikenali sebagai Nur Sajat didakwa melakukan perbuatan itu dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam.
Sajat bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya.
-----
Kes harian COVID-19 kembali mencecah 4 ribu
Foto - Neuroscience News
Jumlah kes harian COVID-19 kembali meningkat apabola sebanyak 4,008 kes baru dilaporkan hari ini.
Ia sekaligus menyaksikan jumlah kes aktif dengan kadar kebolehjangkitan COVID-19 melepasi angka 40 ribu.
Selangor masih mencatat jumlah tertinggi dengan 1,391 kes diikuti Kuala Lumpur (513), Johor (470) dan Sabah (406).
-----
Pekerja kilang mengaku salah cabul menantu
Foto - Johor Kini
Seorang pekerja kilang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan mencabul kehormatan menantunya, dua tahun lalu.
Tertuduh yang berumur 30 tahun itu didakwa memeluk isteri kepada anak tirinya di sebuah rumah di Taman Cheras Prima pada 2 pagi, 6 Oktober 2019.
Mahkamah menetapkan 23 Mac ini untuk fakta kes dan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang boleh dihuku penjara maksimum 10 denda dan sebat.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca