← Back to list
62 sukarelawan bakal disuntik vaksin COVID-19
Jan 31, 2021
COVID-19: 62 individu bakal disuntik vaksin
Kira-kira 60 sukarelawan menjadi kumpulan pertama disuntik vaksin COVID-19 di negara ini.
Mereka merupakan sebahagian daripada ujian klinikal fasa ke-3 vaksin tersebut di Sungai Petani, Kedah.
Kesemua sukarelawan itu akan terima dua suntikan dan akan dipantau secara rapat bagi mengenalpasti jika vaksin berkenaan terdapat sebarang kesan sampingan.
---
PDRM cadang naikkan harga kompaun
PDRM cadangkan agar nilai kompaun langgar SOP PKP bernilai seribu ringgit dinaikkan.
Ketua Polis Negara berkata ia bagi mengurangkan bilangan orang ramai yang melanggar SOP tersebut terutamanya penjarakan sosial.
Ini selepas Malaysia mencatat 5,728 kes positif COVID-19 semalam - jumlah kes tertinggi sejak pandemik itu melanda negara ini.
---
Ibu bapa dan guru diminta beri pandangan isu pendidikan pelajar
Ibu bapa dan guru diminta kemukakan pandangan bagi membolehkan semua pelajar menerima pendidikan terbaik ketika pandemik COVID-19 melanda negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen, Datuk Jalaluddin Alias berkata demikian susulan kebimbangan orang ramai terhadap cabaran para pelajar melalui fasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, PdPR.
Jelasnya, antara masalah yang diutarakan ketika ini ialah masalah capaian internet dan kekurangan peranti elektronik untuk mengikuti PdPR.
Semua pandangan yang diterima akan dirumuskan sebelum dikemukakan kepada kerajaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca