Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Ketepikan Perbezaan -Agong

Jan 20, 2021


Ketepikan Perbezaan- Agong

Yang di-Pertuan Agong menitah kan semua untuk mengenepikan perbezaan politik, bangsa dan agama bagi memerangi COVID-19.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian susulan lonjakan kes pandemik tersebut yang menggusarkan.

Baginda juga yakin hasil sokongan dan kerjasama semua pihak, negara mampu untuk sekali lagi melandaikan lekuk kes jangkitan COVID-19.

Ia sekaligus dapat meringankan beban dipikul petugas barisan hadapan.

Sementara itu, seorang doktor meninggal dunia dipercayai akibat terlalu penat dengan beban tugas sejak hampir setahun negara berperang dengan COVID-19.

Tajuddin Positif COVID-19

Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato' Sri Tajuddin Abdul Rahman antara pemimpin politik terbaru disahkan positif COVID-19.

Pengerusi Prasarana itu merupakan kontak rapat kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang turut disahkan positif COVID-19.

Kedua-duanya menghadiri majlis sidang media oleh Nazri pada 11 Januari lalu di PWTC.

Antara Menteri yang sedang jalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19 ketika ini ialah Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun serta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Semalam pula bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan, beliau dan isteri sedang dirawat di hospital setelah disahkan positif COVID-19.

Kecuali Sarawak

Seluruh negara kecuali Sarawak dikenakan PKP.

Ini selepas kerajaan mengumumkan Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu turut dikenakan perintah itu mulai Jumaat ini sehingga 4 Februari.

Terdahulu, PKP dikuatkuasakan di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan semua Wilayah Persekutuan mulai 13 hingga 26 Januari.

Di Kelantan pula, PKP bermula pada 16 januari.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca