← Back to list
Jenazah Adik Amir Dituntut Keluarga Kandung
Feb 01, 2021
Jenazah Adik Amir Dituntut Keluarga Kandung
Jenazah adik Amir, 7 tahun yang disyaki maut akibat didera sudah dituntut keluarga kandung.
Kosmo melaporkan, Allahyarham dikebumikan di Melaka hari ini.
Keluarga angkat yang memohon untuk menuntut jenazah turut dibenarkan menguruskan jenazah.
Allahyarham dijaga sejak kecil oleh keluarga angkat sebelum diambil semula keluarga kandung beberapa bulan lalu.
Terdahulu polis Melaka mengesahkan terdapat beberapa luka dan kesan kecederaan pada mayat.
Ibu kandung dan bapa tiri mangsa kini direman untuk siasatan.
Deraf Sudah Diserah
Deraf cadangan menaikkan kompaun ingkar SOP mencegah COVID-19 sudah diserah kepada Peguam Negara.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) , langkah itu mengambil kira situasi semasa pandemik tersebut.
Semalam 5,298 kes baru dilaporkan menyaksikan kes harian kekal melebihi 5 ribu untuk 3 hari berturut-turut.
Jelas KKM, ia disebabkan pelaporan lewat kes-kes positif termasuk dari tahun lalu.
Namun semalam juga, Malaysia mencatatkan kes sembuh harian tertinggi iaitu 4,522.
Telefon Bimbit MB Digodam?
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan telefon bimbitnya dipercayai digodam sejak awal pagi ini.
Beliau akan membuat laporan polis untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca