← Back to list
Ops Catut Pantau Jualan Peranti
Jan 29, 2021
Ops Catut Pantau Jualan Peranti
Kerajaan melancarkan Ops Catut 8.0 bagi memantau harga jualan peranti elektronik.
Keperluannya meningkat antaranya susulan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah, (PdPR)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga menstruktur semula jaringan digital negara.
Ia bagi memenuhi permintaan pengguna internet dan data mudah alih dalam tempoh PKP 2.0 ini.
foto: BERNAMA
Setuju Tangguh
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) setuju jika kemasukan kembali ke kampus ditangguhkan buat masa ini.
Menurut Timbalan Presiden MPPK, Afiq Fahmi, ia berikutan kes COVID-19 yang masih tinggi.
Namun ujar beliau, ada beberapa kategori wajar diberi pengecualian misalnya mahasiswa berkeperluan khas.
Penuntut tahun akhir dan perlu menggunakan makmal, studio atau bengkel pada pendapatnya antara yang wajar berada di kampus
Semua Dilanjutkan
Waktu operasi semua sektor perniagaan yang dibenarkan sepanjang PKP 2.0 kini dilanjutkan sehingga 10 malam.
Ia termasuklah kedai runcit, farmasi, kedai dobi dan kedai cermin mata.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca