Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Zon Hijau Tak Terkecuali PKP

Apr 30, 2020


Zon Hijau Tak Terkecuali PKP

Zon hijau tidak terkecuali daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk Perlis.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), PKP tetap berkuatkuasa walaupun ada sesetengah tempat di zon tersebut sudah 6 minggu tiada kes baru COVID-19.

Buat masa ini kementerian sedang mempertimbangkan pelan penamatan PKP dan kenal pasti zon berkenaan tapi ia akan dilakukan berperingkat.

KKM juga sekali lagi menegaskan, 6 kriteria yang digariskan pihaknya sebelum ini perlu dipenuhi dan dipatuhi sebelum PKP di sesuatu kawasan boleh ditamatkan.

Antara yang penting ialah kemampuan melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.

Kabinet Bermesyuarat Bincang Isu Berbangkit Berkaitan PKP

Mesyuarat Khas Menteri Menteri akan diadakan hari ini bagi membincangkan beberapa isu berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara yang akan dibincangkan ialah isu solat jemaah ketika PKP dilonggarkan.

Kaedah pembayaran zakat oleh warga emas yang tiada pengetahuan teknologi maklumat turut akan dibincangkan.

Begitu juga kemusykilan berkenaan penganjuran sukan bola sepak sama ada Liga M boleh dimulakan atau tidak.

Keputusan dan prosedur operasi standard (SOP) mengenai isu-isu berbangkit tersebut dijangka diumumkan sama ada pada hari ini atau esok.

Sabah Belum Buat Keputusan

Sabah belum buat keputusan untuk membenarkan pergerakan 2 orang dalam satu kenderaan sepanjang tempoh PKP seperti yang diumumkan oleh kerajaan pusat semalam.

Ketua Menterinya berkata keputusan itu perlu diperinci dan dibincangkan terlebih dahulu dalam Pusat Arahan COVID-19 negeri sebelum ia dilaksanakan.

Kumpulan Bina Penempatan Haram Dalam Hutan Dikenakan Hukuman

154 individu yang ditahan ekoran serbuan ke atas satu penempatan haram di hutan Hulu Selangor didenda RM600 seorang atau penjara 15 hari.

Ini selepas mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, semua tertuduh merayu hukuman ringan dengan alasan mereka berada di kawasan tersebut sebelum PKP dilaksanakan.

Meraka mendakwa menjalankan aktiviti pembersihan tanah bagi kegiatan pertanian di hutan tersebut.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca