← Back to list
Kes import punca pertambahan kes aktif COVID-19
Apr 29, 2020
Kes import punca pertambahan kes aktif COVID-19
Foto - Malay Mail
Jumlah kes aktif COVID-19 dalam negara kembali meningkat kepada 1,758 hari ini selepas beberapa hari mencatatkan penurunan kepada 1,719 semalam.
Ini selepas 94 kes baru direkodkan termasuk 72 kes import dalam kluster pesantren daripada kalangan pelajar negara yang pulang dari Indonesia.
Sebanyak 55 kes pulih dan discaj, menjadikan jumlah kes pulih keseluruhan meningkat kepada 4,087 manakala jumlah kematian pula kekal 100.
-----
Boleh keluar berdua semasa PKP Fasa 4
Foto - Jabatan Perdana Menteri
Ketua keluarga yang keluar membeli makanan atau barangan keperluan sepanjang tempoh PKP Fasa 4 bermula hari ini, boleh membawa seorang lagi ahli keluarga.
Individu yang keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan pula dibenarkan untuk disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah.
Warta terbaru itu bagaimanapun mengekalkan peraturan pergerakan tidak lebih 10 kilometer namun dibenarkan kawasan terhampir jika keperluan itu tiada dalam lingkungan jarak rumah masing-masing.
-----
JAKIM nafi keluarkan tatacara sambut Aidilfitri
Foto - JAKIM
JAKIM nafi ada mengedarkan sebarang dokumen mengenai Panduan Sambutan Aidilfitri Dalam tempoh PKP.
Katanya, sebarang makluman yang tidak dikeluarkan melalui saluran rasmi JAKIM adalah dianggap tidak sah.
Terdahulu tular dokumen tatacara merangkumi kaedah solat sunat Aidilfitri, takbir hari raya, rumah terbuka, ziarah raya dan ziarah kubur ketika Syawal.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca