← Back to list
'Perang' COVID-19 Mungkin Sampai Tahun Depan
Apr 21, 2020
'Perang' COVID-19 Mungkin Sampai Tahun Depan
Malaysia mungkin terpaksa ‘berperang’ menentang penularan wabak COVID-19 sehingga tahun depan seperti dijangkakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), walaupun sudah ada penurunan jumlah pesakit positif virus itu sejak 2 minggu ini, pihaknya mahu melihat statistik itu turun menjadi satu angka.
Justeru, semua pihak perlu terus bekerjasama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah ia ditamatkan.
Orang ramai juga dinasihat terus berada di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting walaupun selepas PKP berakhir nanti yang dijadualkan pada 28 April.
Semalam, kes baru COVID-19 merupakan yang terendah pernah dicatatkan di negara ini iaitu sebanyak 36 kes dan tiada kematian direkodkan.
Manakala jumlah kes yang pulih daripada jangkitan wabak itu mencecah 61 peratus.
Dalam satu lagi perkembangan, KKM sedang meneliti pelan mitigasi atau pengurangan bagi memastikan rantaian COVID-19 diputuskan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.
Pelan itu turut melibatkan perubahan dasar yang menggariskan amalan kebiasaan baru.
Menurut KKM, antara dasar yang perlu diubah dan diperkasa termasuk berkaitan perhimpunan awam, terus kekal di rumah jika tiada urusan penting, penjarakan sosial dan amalan mencuci tangan.
Kementerian juga menegaskan, selagi tiada vaksin COVID-19 di pasaran, orang ramai ramai perlu mementingkan kaedah kesihatan awam iaitu pencegahan lebih baik daripada rawatan dan mengamalkan kebiasaan baru.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca