← Back to list
PKP Fasa 3 Bermula
Apr 15, 2020
PKP Fasa 3 Bermula
Fasa ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.
Serentak dengan itu, polis juga tidak lagi mengeluarkan kompaun kepada yang ingkar sebaliknya mereka akan terus ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.
Kerajaan menetapkan hukuman sedemikian berikutan masih ramai individu ingkar sehingga mengakibatkan sasaran pematuhan tidak dapat dicapai.
Malah ada individu dilapor tidak takut dikenakan kompaun RM1,000 kerana mampu membayarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, jumlah anggota tentera ditambah bagi membantu PKP yang memasuki fasa ke-3 bermula hari ini.
Menurut Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang, setakat ini lebih 7,000 anggota ATM ditugaskan untuk PKP di seluruh negara.
Bilangan anggota turut ditambah di sekitar Masjid India, Kuala Lumpur yang kini dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 28 April.
PKPD yang ke-5 itu membabitkan Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang di sekitar Masjid India.
1 Lagi Kluster Baru Dikesan
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster baru COVID-19 di Sendayan, Negeri Sembilan.
Sehingga kini, 39 kes positif dikesan di kawasan tersebut.
Ia melibatkan 15 ahli lembaga pengarah sebuah syarikat, 13 pelajar tahfiz, dan 11 individu daripada sebuah keluarga.
KKM memaklumkan, setakat ini juga 28 kluster penularan virus itu dikesan di negara ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca