← Back to list
Vaksin Covid-19 dijangka berada di pasaran dalam masa setahun.
Apr 05, 2020
Vaksin untuk COVID-19 dijangka berada di pasaran dalam masa setahun.
Menurut Kementerian Kesihatan, ini kerana kajian ke atasnya masih lagi di fasa awal.
Dalam perkembangan berkaitan, 150 kes baru dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dinegara ini mencecah 3,500.
Setakat ini juga, 57 kematian direkodkan dengan 4 kematian terbaru, manakala 915 pesakit
sudah sembuh.
Laporan artikel mengenai kenaikan kes keganasan rumah tangga ketika PKP palsu!
Artikel mengatakan kes keganasan rumah tangga di negara ini naik 57 peratus ketika tempoh PKP adalah tidak benar!
Jelas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ia sebenarnya merangkumi semua kategori termasuk berkaitan COVID-19, kes bantuan JKM dan kaunseling.
Untuk mengetahui kesahihan sesuatu berita dan maklumat anda boleh layari portal ‘sebenarnya.my’
Bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional dibuat mulai esok.
Pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional, BPN akan dibuat secara berperingkat mulai esok.
Ia membabitkan 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang yang sudah diluluskan dengan jumlah keseluruhan 5.6 bilion ringgit.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca